pegawai masjid

Jawatan Kosong Pegawai Masjid Mukim. Melalui portal rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), terdapat kekosongan jawatan iaitu Pegawai Masjid Mukim.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Oktober 2020

Cara Memohon

Permohonan boleh dilakukan dengan mendapatlan borang permohonan di Aras 2, Bahagian Agama, MAIK atau >>KLIK SINI<< untuk muat turun dan borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat sebagaimana berikut:-

ALAMAT PERMOHONAN:

Timbalan Yang Dipertua,

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,

Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,

15200 KOTA BHARU.

(u.p: Bahagian Agama )


SYARAT-SYARAT JAWATAN PEGAWAI MASJID MUKIM


1. Imam Tua/ Imam Muda

i. Syarat kelayakan;

  • Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.
  • Berumur 25 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun tarikh iklan
  • Mempunyai pengetahuan agama yang baik.
  • Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan;
  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;
  • Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah
  • Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
  • Keutamaan diberi kepada pemohon yang mempunyai Sijil Tahfiz Al-Quran daripada Pusat Tahfiz Al-Quran.

* Pengecualian daripada ujian Tahriri (bertulis) akan dikecualikan kepada pemohon-pemohon yang mempunyai kelayakan berikut;

  • Sijil IV Thanawi atau Sijil Menengah Ugama atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau mana-mana sijil agama yang setaraf dengannya.
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian dalam subjek Pendidikan Syariah Islam, Pendidikan Quran Dan Sunnah dan lulus Bahasa Arab.

ii Taraf Jawatan: Berelaun (disambung perkhidmatan setiap 2 tahun berdasarkan laporan prestasi perkhidmatan)

iii Elaun Bulanan :

  • - RM1,700.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Katogeri “A”)
  • - RM1,400.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Biasa)
  • - RM1,000.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Kecil)
  • - RM1,200.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Katogeri “A”)
  • - RM1,000.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Biasa)
  • - RM800.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Kecil)

2. Bilal

i. Syarat kelayakan;

  • Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.
  • Mempunyai pengetahuan agama yang baik.
  • Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan;
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;
  • Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah
  • Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
  • Pemohon jawatan Bilal tidak disyaratkan mempunyai sijil dan akan memasuki ujian safawi (lisan)

ii Taraf Jawatan : Berelaun

iii Elaun Bulanan :

  • RM750.00(Masjid Mukim Kategori ”A”)
  • RM650.00(Masjid Mukim Biasa)

Sumber: MAIK

Post a Comment

Previous Post Next Post