Semak Status Penghantaran Dekoder Percuma MYTV. Malaysia kini beralih sepenuhnya kepada siaran TV digital myFreeview. Transformasi ini memberikan perkhidmatan penyiaran TV dan radio dengan siaran yang lebih jelas dan audio yang lebih baik tanpa sebarang bayaran bulanan.

Untuk mendapatkan siaran digital, anda memerlukan dekoder DVB-T2 atau TV digital (IDTV) yang dilengkapi dengan penala digital (digital tuner). Bagi golongan B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH), kerajaan telah memberi set dekoder MYTV secara percuma.

Bagi rakyat Malaysia yang layak menerima dekoder secara percuma, bolehlah menyemak status penghantaran dekoder MYTV dengan cara di bawah

Semak Status Penghantaran Dekoder MYTV


1. Semakan status penghantarab MYTV boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi https://status.mytvbroadcasting.my/


2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan untuk membuat semakan penghantaran.

3. Klik pada butang ‘semak’ untuk ketahui tarikh dan masa penghantaran dekoder MYTV ke alamat rumah penerima.

Semoga info ini bermanfaat kepada semua. Jangan lupa SHARE. 

Post a Comment

Previous Post Next Post