Melalui portal rasmi Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),  Pihak Universiti mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi jawatan: 

  • PENSYARAH UNIVERSITI DS51 (IKLAN)

Tarikh Tutup Permohonan 


Tarikh Buka Iklan : 28 Julai 2020 (Selasa)
Tarikh Tutup Iklan: 10 Ogos 2020 (Isnin) 


Syarat-syarat Pelantikan Pensyarah Universiti DS51


1. Kelayakan


a) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

b) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang tinggi mutunya:
  1. menerbitkan tiga (3) penulisan dalam jurnal yang diindeks oleh Scopus/ISI atau sebuah buku berwasit terbitan penerbit tersohor sebelum dilantik ke jawatan Pensyarah Universiti DS51(semasa berkhidmat sebagai Tutor atau Pensyarah Sementara atau pengajian di peringkat Ph.D;
  2. telah membentang kertas kerja sekurang-kurangnya sekali di dalam persidangan dalam bidang pengajian dan
  3. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang yang berkenaan.

c) Pengalaman bekerja dalam bidang berkenaan bagi satu tempoh yang bersesuaian atau pengalaman menjalankan penyelidikan dalam bidang berkenaan untuk satu tempoh yang bersesuaian sebelum dilantik ke jawatan Pensyarah Gred 51 atau semasa dilantik sebagai Tutor atau Pensyarah Sementara atau pengajian di peringkat Ph.D

2. Jadual Gaji


DS51: RM5,855.00 – RM12,445.00

3. Keperluan Bahasa


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4. Umur


Calon bagi lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan pegawai yang sedang berkhidmat had umur ditetapkan seperti berikut:
  1. 54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun;
  2. 56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan
  3. 58 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

*Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan/Majikan masing-masing. 

Cara Memohon Jawatan Pelantikan:


  1. Sila layari laman web UKM melalui pautan www.ukm.my/kerjaya bagi membuat permohonansecara atas talian.
  2. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk Ujian Psikometrik dan temuduga.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  4. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Perjawatan dan Kenaikan Pangkat
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Aras 1, Bangunan Perpusatakaan Lingkungan Ke-2
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor


Sumber: UKM

Post a Comment

Previous Post Next Post