Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Calon-calon yang layak menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41 sudah tentu sudah bersiap sedia untuk menduduki peperiksaan ini pada 27 Ogos ini nanti.

Calon Exam Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41usah risau kerana anda berada di tempat yang betul untuk mendapatkan panduan dan rujukan soalan peperiksaan. Kami di Tim Infokerjaya akan membantu anda untuk mendapatkan gambaran awal tentang peperiksaan ini.

Dapatkan contoh soalan Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41, yang boleh membantu calon-calon untuk membuat persediaan awal untuk menduduki peperiksaan ini.

Ini rujukan untuk bantu persediaan exam anda!


Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, sebaiknya kita tahu dahulu apakah bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). 

PTD perlu merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Format Exam Pegawai Tadbir Diplomatik

Format Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) pada sesi 2020 mempunyai sedikit kelainan seperti hebahan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Terdapat 3 seksyen yang terlibat dalam Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik iaitu, 

  • Seksyen A : Pengetahuan Am PTD 
  • Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PTD
  • Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris PTD

Seksyen A : Pengetahuan Am PTD 


Bilangan Soalan : 50 Soalan (Aneka pilihan jawapan)
Masa : 40 minit

Seksyen ini memerlukan PTD untuk mengetahui secara umum berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga perkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia, infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan, pengurusan sumber sumber kewangan dan sumber ekonomi, hubungan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat da komunikasi, hal ehwal luar negeri, keselamatan dan pertahanan negara serta hal-hal yang lain. 



Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PTD


Masa : 40 minit
Soalan : 40 Soalan aneka pilihan jawapan dan terdapat pecahan soalan iaitu penyelesaian masalah dan menginterpretasi data serta soalan matematik

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaian masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, menginterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini juga menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.



Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris PTD


Masa : 30 minit
Soalan : 30 soalan aneka pilihan jawapan

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa Inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan ini adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa Inggeris.



Panduan Exam Pegawai Tadbir Diplomatik 

Calon Exam Pegawai Tadbir Diplomatik M41 usah risau kerana anda berada di tempat yang betul untuk mendapatkan panduan dan rujukan soalan peperiksaan. Kami di Tim Infokerjaya akan membantu anda untuk mendapatkan gambaran awal tentang peperiksaan ini.

Dapatkan contoh soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41, yang boleh membantu calon-calon untuk membuat persediaan awal untuk menduduki peperiksaan ini.

Ini rujukan untuk bantu persediaan exam anda!

Post a Comment

Previous Post Next Post